Admin

Nama aku Zarul berumur ermmmm dalam 30an la.Asal Kelantan  dan sekarang bekerja dalam bidang perkhidmatan aviasi…mender tu aviasi??Alah nama lain bagi airlines

Berpengalaman dalam bidang nyanyian lebih 5 tahun secara profesional,dan hampir 10 tahun secara sambilan.Pernah merakamkan 3 buah album bersama Kumpulan Umbrella dalam tahun 1995-2000

Pernah mengikuti kursus intensif vokal di Erid Music Academy di Klang selama 3 bulan

Jika ada pertanyaan atau ingin menyumbang idea dalam blog ini silalah email ke zarulumbrella@aol.com

  1. ruby_kl
    07/08/2009 at 6:26 PM

    saudara, saya berminat dengan nyanyian tetapi saya bermasalah dengan teknik pernafasan. saya cepat letih dan sakit tekak sebab tidak tahu teknik yang betul. bolehkah saudara beri tips untuk masalah saya. Terima kasih

    • zach73jr
      07/08/2009 at 8:33 PM

      salam ruby,
      masalah ni saya rasa bersangkut paut dgn stamina,tu la selalu anda merasa mudah penat dan pancit …lakukan senaman selalu untuk mengelak masalah ini
      yg kedua sakit tekak ni ada bnyk faktor,satu dr segi kesihatan mungkin suara anda mudah ‘penat’,dan yg kedua mungkin cara lontaran suara dari tempat yg salah dan menyanyi dengan menjerit2..teknik pernafasan yg betul ada dalam post blog saya sebelum ini

      terima kasih

  2. zira
    11/12/2009 at 3:08 AM

    salam en zarul bila saya nak pi high notes tu saya rasa saya menjerit dan potong saya punya tekak saya sendiri rasa sakit telinga dengar suara sendiri bila hit high notes… yew…. langkah2? terimas…

    • zach73jr
      11/12/2009 at 9:52 PM

      cik zira kena belajar mcm teknik breathing yg betul-saya ada menerangkan langkah langkah secara ringkas didalam ebook percuma sayacik zira boleh klik disini
      http://www.zarulumbrella.com/tipsnyanyian dan kalau masih tak faham hubungi saya sekali lg ok
      tq

    • 02/07/2012 at 2:15 AM

      Assalamualaikum.. saya berminat juga nak sertai blog ni.. dulu saya pernah belajar vocal dan ini sekadar nak berkongsi apa yg telah diajar..

      UNTUK MEMPERBAIKI PERNAFASAN (HISSING CYCLE)

      Ada dua teknik.. melalui dada dan perut.
      nak mudah gunalah pernafasan dada kerana ia sangat mudah. Ianya adalah seperti pernafasan kita sehari-hari… cuma ia tidak digalakkan kerana ruangan dada tidak sebesar perut jadi pengambilan nafas adalah kurang berbanding teknik pernafasan melalui perut..

      oleh itu, pernafasan perut adalah penting ketika menyanyi sebab ia lebih tahan lama dan boleh membantu melontarkan vokal yang maksima dan kedengaran power. Di bawah adalah 4 langkah yang perlu dititik beratkan ketika berlatih dgn menggunakan teknik pernafasan perut:

      1. Sedut/tarik udara dari mulut sekuat-kuatnya, masukkan ke dalam perut kita (jgn menggunakan hidung kerana pengambilan udara melalui hidung akan terhad berbanding dari mulut).

      2. Untuk mengetahui sedutan udara yang diambil adalah betul.. kita mestilah melihat perut kita.. pengambilan udara yang betul boleh dilihat apabila kita terasa udara sudah mula memenuhi perut dan perut akan terbentuk seperti belon.. hehee memanglah kedengaran lucu tapi inilah langkah yg perlu diambil.. so.. terus pump udara sehingga perut sudah penuh dengan udara dan memang ia akan kelihatan sedikit buncit.

      3. Lalu keluarkan udara dengan suara yang mendesis. udara yg betul akan kedengaran seperti tayar yg bocor…ssssssssssss…. kita mesti mendgar jugak.. jika bunyi yg terkeluar seperti tersekat2 dan kedengaran ada turun naik.. itu maknanya pengeluaran udara adalah tidak betul… selain itu, rahang mestilah dalam keadaan relax, lidah dan gigi kita digunakan seakan-akan menghalangi aliran udara. Sehingga kita harus berusaha keras untuk mengeluarkan udara dari perut. Proses pengeluaran suara dari mulut tersebut biasanya bervariasi yaitu antara 20-60 saat.

      4. Setelah itu, ulang latihan tersebut sebanyak lima kali… lebih pun lagi ok…Proses latihan pernapasan ini akan berpengaruh pada otot abdominal kita yang biasa digunakan untuk bernyanyi.

      saranan kpd yg bertanya.. ruby.. (ok.. sebelum u membuat latihan ini.. ruby coba dulu menyanyi sebuah lagu yg agak2 mencabar – tapi mestilah mengikut keupayaan vocal ruby jugak – ini adalah penting bagi ruby supaya dpt mengetahui kuliti vocal ruby sebelum dan selepas latihan) then lakukanlah senaman (hissing cycle) ini sekurang-kurangnya 5/20 minit setiap hari… insyallah ruby akan mendapat manfaat darinya.. cuba buat latihan ini dgn relax.. fokus adalah penting bagi membantu kejayaan latihan ini.. lepas 2 minggu.. ruby cubalah menyanyi lagu itu semula.. dgrkan perubahan yg terjadi.. insyallah akan ada improvement yg sangat ketara.. hissing cycle ini jugak boleh dipraktikkan sebelum membuat persembahan kerana ia adalah sejenis latihan untuk warming up vocal.. selamat mencoba..

  3. zira
    11/12/2009 at 3:11 AM

    dan bila rasa nak pi high notes tu trus pi kat head voice sebab macam takut lontar suara..

  4. shasha
    11/03/2010 at 4:00 PM

    masalah saya nie memiliki tahap darah gemuruh or gementar yang luar biasa dan kadang2 terganggu nyayian saya sendiri,saya masih mencuba hilangkan rasa gementar masih tidak dapat dilakukan……..

    • 02/07/2012 at 2:42 AM

      Assalamualaikum.. sasha boleh buat warming up vocal dulu dan selawat ke atas nabi sebanyak mungkin.. ini sedikit sebyk boleh mengurangkan rasa gemuruh.. yg penting relax dan focus.. shasha juga boleh belajar menanyi di depan cermin yg besar.. ia boleh membantu meningkatkan level of confidence dan selain itu boleh melihat kelemahan yg lain seperti cara berdiri (supaya tidak kelihatan membongkok), memegang microphone, buka mulut. selain itu, selalulah biasakan diri menyanyi depan org ramai.. insyallah akan mengurangkan rasa gemuruh.. rasa gemuruh ni tidak akan hilang sampai bila2.. cuma ia perlu dikurangkan… kerana setiap penyanyi pasti merasa gemuruh sebelum menyanyi.. ia hanya bersifat sementara..

  5. zack
    13/07/2011 at 8:15 PM

    salam en zarul,

    saya mmg minat mnyanyi.ttapi saya tak pasti key saya mcm mna.saya juga tak pndai untk mengalunkan suara trutama di pnghujung melodi..boleh kah skiranya en zarul mmberi petua bagaimana untuk menghasilkn lenggokkn suara.

    • 02/07/2012 at 2:34 AM

      Assalamualaikum.. sekadar untuk berkongsi.. alunan sebenarnya boleh terjadi apabila kita menjiwai sesebuah lagu..kekadang kita sendiri pun tidak terasa kita sebenarnya sudah mengalunkan melodi sesebuah lagu itu dgn cara kita yg tersendiri.. kita pun mesti peka dgn cara nyanyian seseorang artis dulu dan kini.. kita cuma perlu mendgr dan membuat sedikit latihan untuk menghasilkan alunan suara yg bagus.. ianya tidak akan dpt hanya dgn latihan yg singkat.. mestilah dgn byk latihan dan mendengar lagu2 atau cara nyanyian penyanyi2 dulu dan kini.. kita juga perlu mendgr nota2 lagu.. tidak semua lagu boleh dialunkan mengikut citarasa kita.. ianya mestilah sesuai dgn nota lagu tersebut.. jika salah langkah akan kedengaran janggal dan sumbang.. selain itu.. ia adalah berdasarkan kreativiti dan anugerah yg diberi khas kpd seseorang dari Allah S.W.T.. alunan yg baik adalah satu kelebihan kpd seseorang penyanyi itu.. tapi yg paling penting dlm nyanyian ini adalah bila kita menyanyi dgn baik dan tidak sumbang..

  6. amy
    11/02/2012 at 7:51 PM

    saya memang minat menyanyi tp bila nak p high note terus pancit… adakah ini masalah hidung saya selalu tersumbat ataupun masalah lain….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: