Home > Tip In Malay, Uncategorized > Menyanyi ni Kena Belajar….?

Menyanyi ni Kena Belajar….?

Setiap orang mempunyai lagu kegemaran yang tersendiri sehinggakan setiap kali apabila kita terdengar lagu tersebut di mana-mana pun sudah pasti kita akan berkata “Oh, itu lah lagu ku”. Saya percaya anda pasti beranggapan itulah lagu yang terbaik di dunia ini, betul tak? Apa yang membuatkan lagu tersebut begitu istimewa ialah ia seolah-olah akan membuatkan bulu roma anda meremang ataupun ia membuatkan anda terkenang akan peristiwa dalam sejarah hidup anda setiap kali anda mendengarnya

Walauapapun sebab yang membawa inspirasi ke atas diri anda, anda tidak pernah rasa jemu untuk mendengar lagu tersebut. Bagaimana pula jika anda boleh belajar dan menyanyaikan lagu tersebut dengan baik pada bila-bila masa yang anda kehendaki? Pernahkan anda terfikir untuk belajar menyanyi tetapi anda belum pernah mengambil langkah ke arahnya? Usah rasa ragu dan berfikiran yang anda mungkin tidak mempunyai bakat. Anda haruslah mencubanya!

Jika anda hanya mempunyai suatu inspirasi ke arah impian anda, ia merupakan langkah pertama anda untuk mengecapi impian tersebut. Tapi ia haruslah menjadi impian anda sendiri, bukan kerana impian orang lain, jika tidak mudah untuk anda hilang fokus. Selain itu, yang paling penting, jangan biarkan pandangan-pandangan negatif terhadap diri anda menjatuhkan semangat anda. Jika memang anda mempunyai minat yang mendalam terhadap nyanyian, teruskan usaha tersebut.

Selepas mengetahui minat anda ini, langkah seterusnya untuk belajar menyanyi ialah dengan cara anda mengikuti kelas nyanyian. Memang tidak dinafikan, cara yang terbaik untuk belajar bagaimana hendak menyanyi ialah dengan mengupah jurulatih nyanyian. Hampir setiap bidang dalam ilmu asas nyanyian ini mempunyai jurulatihnya yang tersendiri untuk membantu anda. Ia merangkumi pernafasan dan teknik vokal yang mantap. Ilmu-ilmu ini boleh membantu anda dalam menjadi penyanyi yang hebat.

Seorang jurulatih nyanyian yang bagus akan melatih anda mengikut sejauh mana kadar perkembangan pemahaman anda sendiri. Ia bagi mengelakkan sebarang kecacatan terhadap suara anda. Beliau juga seharusnya tahu betapa pentingnya menjaga kod-kod vokal anda. Walaupun mendapatkan jurulatih persendirian ini adalah cara yang terbaik, tapi untuk jangka masa yang lama ia mungkin menyebabkan anda menanggung kos yang tinggi. Kadar harga untuk setiap jam kebiasaanya sekitar $50 – $200 (RM177 – RM710). Alternatif yang lain untuk tujuan latihan anda ialah belajar melalui online. Terdapat perisian yang boleh dimuat turun di mana kualitinya juga agak bagus. Semakin ramai orang yang gemar menggunakan internet dan komputer. Oleh itu, pilihan untuk menggunakan perisian seperti ini adalah pilihan yang baik. Selain itu, kebaikannya ialah anda hanya perlu bekerja di rumah anda sendiri. Melalui pembelajaran di rumah, anda boleh lebih berjimat dan anda juga boleh mula belajar pada bila-bila masa dan di mana pun kerana anda boleh memuat turun perisian berkenaan mengikut kesesuaian anda sendiri. Walaubagaimanapun, jika anda memang ingin belajar melalui perisian, pastikan ia turut menawarkan untuk melatih anda teknik pernafasan yang betul. Teknik yang paling penting ini akan membantu anda untuk menyanyi dengan menggunakan suara anda yang sebaik mungkin-Untuk makluman sehingga arikel ini ditulis,belum ada lagi bentuk pembelajaran seperti ini di Malaysia-Insyaallah saya akan mencuba melakukan!

Terdapat ratusan program latihan di luar sana, apa yang hanya anda perlu buat ialah cari yang memenuhi citarasa anda dan ia mampu membantu anda dalam menjadi seorang penyanyi yang hebat. Anda akan merasa lebih mudah untuk menyanyi akhirnya, jika anda memberi komitmen berlatih secara berterusan disepanjang tempoh latihan anda nanti. Bakat dalam bidang muzik ini akan memberi suatu kehidupan yang lebih bermakna untuk anda. Jika anda mempunyai minat yang mendalam terhadap nyanyian ini, teruskan impian anda dan belajar mengenainya hari ini juga

  1. 26/07/2009 at 1:40 AM

    Bagus juga infonye akak selalu ajar budak-budak tu nyanyi tapi tak de skil. La ni dah tau bolehlah dipraktikkan.
    Zahrul ni memang guru vokal ke ?

  2. akiz
    21/12/2009 at 10:54 AM

    bley aja kte nyanyi dgn care yg btol

  3. akiz
    21/12/2009 at 10:55 AM

    btol2x nk blaja nie

  4. mirul
    24/12/2009 at 6:57 PM

    salam..
    sy nak tanye lah,sy minat nyanyi tp apabila org dgr sy nyanyi mesti ada sengau-sengau semasa menyanyi,tp apabila sy dgr suara sy sndri tanpa rakam,mcm x sengau..sy harap abg dapat bantu selesaikan masalah sy ni…kalo boleh abg blas kat myspace sy mirul07_coolz@yahoo.com.

  5. 15/02/2010 at 1:45 PM

    aq memang pandai nyanyi tapi masalahnya aq nak suara aq tinggi cam amy search tarik gitu..

  6. sugein
    04/05/2010 at 2:51 AM

    hie..time kasih byk2 utk info.. blh saya tau apa2 link utk download software tu?

  7. jaz
    21/07/2010 at 1:51 PM

    assalamualaikum bang,di sini saya ingin tahu macam mana saya nak tahu kesedapan suara sendiri bila saya praitis sendiri di rumah?saya betol2 minat tentang bidang yanyian ni,pernah masuk pentanding karoeke semua.kwn2 ckp suara sy sdp tempo tk lari tp sy mcm tk prcya,sy tk thu lg apa itu piching?tempo? smu tue,.tp sy hy thu myanyi,.klo ble sy nk thu lbih mdlm tntg nynyian ni…sy nk sgt sy mpunyai komposer sendiri…tolong ye bang..ni no sy 0177246630 @ http://www.myspace.com/gelombangmuzikmalaya

  8. eysha
    16/12/2010 at 2:36 PM

    sy btol3 nk mnyani….tp umr st 13 n mntp d kuantan

  9. 09/02/2011 at 9:31 AM

    Mirul,ya sy jga mcm tu.. nta knpa..

  10. febian's man
    27/05/2011 at 1:26 PM

    salam abg name saye marisah saye minat menyanyi tapi camne nk hilang kan neves sebelum dan selepas menyanyi saye harap abg balas kat facebook saye abg cari febian’s man

  11. 16/06/2011 at 3:29 PM

    sy sgt2 suka menyanyi…^_^

  12. 03/10/2011 at 2:59 PM

    salam sy fiezza, sy terimgin sgt nk belajar vokal. orang kate sy nyayi sedap tp bila sy g uji bakat orabg kate sy nyayi keluar ikut hidung. sy harap abg dapat bantu sy. n selesai kn masaalah sy ni klu blh abg balas kat fb k fiezza fifi tq….

  13. Emilia Shahila
    10/03/2012 at 3:52 PM

    ala..saya tiada duit lah nak upah jurulatih nyanyian ni…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: