Tip-Cara Buat Vibrato

Latihan Fizikal Untuk Penyanyi

 
Latihan ringkas selama 10 minit ini adalah bertujuan untuk memanaskan badan  serta menenangkan  badan anda  sebelum memulakan aktiviti latihan/persembahan nyanyian
.Perhatian:Sila rujuk doctor anda sebelum memulakan sebarang bentuk latihan fizikal
Ok mari kita mulakan,berdiri tegak,dengan kedua-dua belah tangan anda berada disisi anda,bernafas seperti biasa dan pastikan bahu serta kepala anda berada didalam keadaan yang rileks setiap masa.
Kemudian turunkan dagu anda hingga mencecah dada anda dan perlahan-lahan  pusingkan kepala anda ke kiri dan dongak keatas kemudian pusing kan ke kanan pula dan seterusnya ke bawah(pusingan lengkap) ulang sebanyak 5 kali,ikut arah jam dan 5 kali arah lawan jam
Seterusnya pula,angkat bahu anda  kearah kepala anda,perlahan-lahan pusingkan ke belakang,bawah depan (buat pusingan)Ulang sebanyak 5 kali (setiap arah bertentangan)
Bongkokkan badan anda (jangan bengkok kan lutut)dan biarkan tangan anda mencecah lantai ,kemudain perlahan-lahan tegakkan badan anda dan luruskan tangan anda keatas dan regangkan seregang yang anda mampu,kemudain regangkan ke kiri dan kekanan.Ulang 5 kali juga.
Akhir sekali,rilekskan kepala anda dan padang ke depan ,buka mulut anda seluas-luas dan cuba menguap –buat 2 kali dan kemudian tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 5 dan lepaskan dalam kiraan 15

Anatomi Vokal

1.Paru-paru menolak udara naik ke trakea
2. Lipatan suara yang berada di larinks pada bahagian atas trakea akan  menggetarkan udara untuk menghasilkan nada asas dan juga harmonik yang mewarnakan tona
3. Bunyi yang dihasilkan oleh lipatan suara tersebut bergerak bersama udara ke dalam farinks dan rongga mulut  di mana ia mula bergema dan  mengukuhkan harmonik yang terdapat di dalam tona
4. Rahang, lidah, gigi dan bibir membentuk bunyi kepada huruf-huruf vokal dan konsonan
5. Nyanyian yang baik bermula dengan tekanan udara yang padat dan konsisten daripada paru-paru/perut
6. Lipatan suara mestilah santai dan rendah di dalam kerongkong supaya ia dapat bergetar dengan bebas dan menghasilkan bunyi yang menyenangkan
7. Farinks dan rongga mulut pada bahagian belakang mulut mestilah dibuka sepenuhnya untuk membenarkan gema yang menghasilkan alunan suara dan bunyi tona yang mesra
8.Rahang, lidah, gigi dan bibir sepatutnya saling berhubung rapat bagi menghasilkan sebutan yang baik

Apa Range Suara Anda

Wanita
Bagi wanita ada 3 range  iaitu Alto, Mezzo-Soprano, dan  Soprano.
Bagi wanita dalam category Alto (iaitu range yg paling rendah)vokal range mereka dalam category ini bermula dengan  note C dibawah middle C dan berakhir di note G dibawah high C
Manakala bagi Mezzo Soprano pula (range antara Alto dan Soprano)Range yang selesa bagi mereka ini adlaaha bermula  di note G dibawah middle C hingga ke note B sebelum high
Dan akhir sekali  Soprano pula  bermula  di note G sebelu middle C dan berakhir di melampaui note high C.Soprano adalah range wanita yang paling tinggi

Lelaki
Bagi lelaki pula ada 3 ranges yang popular,iaitu Bass, Baritone, dan Tenor.

Bagi lelaki yang selesa dengan  tingkat register yang paling rendah digelar Bass.Range mereka bermula di F satu octave dibawah note middle C hingga ke  F above middle C
Manakala Barritone iaitu vocal range lelaki yang sederhana antara Bass dan Tenor bermula di note  A  satu octave dibwah note middle C hingga note b dibawah middle
Manakala Tenor pula adalah range tinggi bagi suara lelaki bermula di note c bawah middle C hingga ke note  C atas  middle C

Menyanyi Dengan Tekak Yang Sakit

Baru baru ini saya telah ditanya oleh seorang rakan saya mengenai menyanyi dalam keadaan sakit tekak .”Saya dapat masuk Final  pertandingan nyanyian  tetapi saya tengah sakit tekak..macamana ni bro?’tanya beliau pada saya

Ini bergantung kepada apa yg menyebabkan tekak anda menjadi sakit .Jika teramat sakit sehingga menyakitkan semasa hendak menelan,maka lupakanlah nyanyian buat sementara waktu! Namun jika ianya hanya sakit tekak yang biasa2 je kira ok la tp kalau boleh minta pandangan doktor

Udara yang kering(biasanya ini jarang berlaku di Malaysia tp ada  jika anda berada dalam persekitaran berhawa dingin),menyanyi dengan cara yg salah yakni dengan mendera suara dan jangkitan bacteria adalh beberapa penyebab yang selalunya menjadikan tekak anda menjadi sakit. Sesetengah orang boleh dapat sakit tekak setiap kali mereka bangun dari tidur,ini adalah terjadi kerana kebanyakan dari mereka ini menghasilkan sejenis asid yang dinamakan asid reflux yang dikeluarkan semasa mereka tidur dalam bentuk sendawa. Disini beberapa laman web yg boleh mnerangkan secara lebih lanjut mengenai asid reflux ni

http://www.texasvoicecenter.com

www1.wfubmc.edu/voice/reflux/

Oleh kerana tekak yang kering boleh sebabkan sakit tekak maka minumlah air sekurang2nya 8-10 gelas air setiap hari lagi banyak lagi bagus.Kita beruntung sebab kita tinggal  di Malaysia yang berudara lembab  dan ini amatlah bagus untuk suara kita,tetapi jika anda berada di persekiran hawa dingin yg hyper disarankan anda dapat bernafas dengan menggunakan hidung sekerapa yang boleh.Ini mampu mencegah tekak menjadi kering dan sakit.

Satu lagi punca sakit tekak ialah “penderaan suara” Ini adalah kerana menyanyi dengan terlampau tinggi dan terlalu kuat dalam jangka masa yang terlalu lama ,menjerit dan bercakap kuat dalam persekitaran yang biasing e.g perlawanan bolasepak dan menjerit  di konsert ,menghidu asap rokok, dan sebagainya Bila ini terjadi pada anda maka disarankan anda merehatkan suara anda  dan sedikit demi sedikit secara perlahanlahan pulihkan suara anda dengan melakukan latihan humming dan juga bubling/tongue trills

Jika anda dijangkiti laryngitis  dan tone anda mulai terputus-putus/tersangkut-sangkut di sustained note maka ini menandakan anda amat memerlukan rehat yang betul2 REHAT dan jumpa doctor dan makan ubat sewajarnya..

Kesimpulannya jika anda dapati tekak anda perit di waktu bangun tido maka tak payah risau  pasal ni normal dan ini juga factor yg menyebabkan ramai yang tak boleh nak naynyi pada waktu pagi..Ianya akan pulih secara semulajadi  beberapa jam selepas anda bangun dan anda  boleh menyanyi seperti biasa.

Jika sakit tekak  yang serius maka rehat la dari menyanyi dan minum air sewajarnya dan jika makin teruk lagi jumpa la doctor  anda

 

Kenapa Sumbang

Ada beberapa 3 sebab mengapa masalah ini boleh terjadi
Pertama, kita mungkin tak  tahu apa itu note  atau pic yg kita
nyanyikan atau vocal range lagu yg kita nyanyikan
Sbg contoh,sesebuah lagu mungkin mempunyai banyak lompatan
pitcing,dan kita mungkin tak tahu bagaimana nak nyanyikan perubahan
pitching-pitching ini dan dengan bebrapa latihan mengenai skala
muzik dan intervals akan dapat membantu kita mengenali setiap nada
seterusnya membantu kita menyanyi dalam pelbagi pitch/nada
Kedua, kita mungkin kurang tahu mengenai vocal register/perletakan
suara yg seharusnya kita gunakan semasa kita menyanyikan satu2 pitch
Sebagai contoh,jika saya suruh seorang pelajar lelaki nyanyikan
note “high E” atau F beliau mungkin tak sampai dan pitch beliau
akan tak tepat ini adalah disebabkan belaiu tidak kenal/tidak tahu
dimanakah vocal register yg sepatutnya
Beberapa latihan untuk mempertajamkan lagi teknik ini dan latihan
vocal warm-up akan dapat membantu anda mencapai note yg tinggi
dengan lebih tepat
Kita juga mungkin tak beri perhatian pada sokongan pernafasan atau
breath support yg diperlukan  bgi mencapai atau pun projectkan note
note yg kita nyanyikan terutamanya di range tinggi suara kita yg
mana ini akan menyebabkan kita of tune semasa menyanyi
Latihan latihan pernafasan akan dapat membantu kita mengatasi
masalah ini
Ketiga, kita mungkin tak biasa mendengar suara kita dan adakah
suara kita serasi dengan muzik semasa kita menyanyi?Ini adalah
amatlah vital skill yg perlu ada pd setiap penyanyi
Kadangkala semasa kita menyanyi,kita lebih fokuskan pada nyanyian
tetapi tidak pada muzik yg mengiringi kita,ini adalah factor yg
menyumbang kepada “sumbangnya” nyanyian kita tanpa kita sedari.
Categories: Uncategorized

5 Perkara Asas Nyanyian Yang Patut Korang Tahu

Kali ini saya datang lagi dengan tip tip nyanyian buat tatapan pembaca blog ni yang amat saya hargai dan ribuan terima kasih kerana masih lagi setia dgn blog ni

Jom layan tips seterusnya ini…

Pengetahuan asas mengenai asas nyanyian adalah amat penting bagi kita untuk menyanyi dengan bagus. Dan dengan itu saya telah pecahkan kepada beberapa komponen penting mengenai asas nyanyian ini bagi memudahkan pemahaman anda ,seterusnya meningkatkan tahapkemampuan suara anda.

Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:-

1.Pitch/Nada

2.Rhythm/Irama

3.Pernafasan

4.Suara

5.Sebutan

Mari saya jelaskan satu persatu :-

1. PITCH/NADA

Ok saya kira ramai yg tahu mengenai pitch ni sejak AF disiarkan sejak 2002 yang lepas kan?Kalau kita dengar si penyanyi tu sumbangdalam penyampaian lantas kita akan kata pitching tak kena la ni.Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus dan sedap didengar

Jadi disini kita nampak kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian nyanyian. Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang. Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalamsesebuah lagu itu tadi..

Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note2yang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting

2. RHYTHM/IRAMA

Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan ‘groove’sesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau mengangguk2kan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju cthnya lagu2 rock!

Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza2, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!

3. PERNAFASAN

Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal kepada anda jika anda mengambil kelas latihan vokal.Ianya juga adalah soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa kena mengena pernafasan dengan menyanyi ni??.

Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi! Dalam ebook Rahsia Vokal ada diterangkan lebih lanjut tentang bab ini

4. SUARA

Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen2 nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita.

Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ‘sihat’

5. SEBUTAN

Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita.

Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian kita.

Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: